Phantom Thief Kid <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4911981380119886007?origin\x3dhttp://alyanjhh.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Raya! Raya! Raya!
Monday, 5 August 2013 18:54 0 Comment(s)

Assalamualaikum. Heyyow :) Em pejam celik pejam celik dah nak raya. Puasa pun dah nak habis. Setengah rasa best, setengah rasa sedih. Yang bestnya mestilah  bila nak raya tu kan? Makin semangat bila baca blog Ain dengan sorang blogger ni. Haih memang terasa kemeriahannya lah. Yang sedih mestilah pasal puasa yang dah nak berlalu ni. Seriously, tahun ni rasa macam kejap sangat. Aku ingat lagi masa first puasa tu. Eh kemain meriah lah. Em dah taknak sedih sedih.


Em macam takbest pulak baca blog aku ni sambil dengar lagu Austin Mahone ni. Korang pergilah stop kan lagunya and pasang lagu raya yang korang suka. Barulah feel tu ada kan. Tahun ni aku sambut raya dengan Sabak Bernam, Selangor. Kampung belah mak aku. Haaa ramai kawan aku yang kampungnya dekat dengan kampung aku. Macam Balqis dengan Ariesha dekat Sekinchan. Ain pun kat Sabak Bernam jugak. Paan dekat Sepintas. Itu je lah yang aku ingat.  Tapi paling dekat Athilah tapi aku lupa kat mana ._. Em okay abaikan. 

Dekat Sabak Bernam best gila. Sebab semua adik beradik mak aku akan balik masa hari yang sama. Memang meriah. Nak nak pula adik beradik mak aku ni sepuluh orang. Biasalah orang dulu subur. Lol. Belum dikira lagi dengan sedara mara aku yang dah kahwin, dah beranak pinak. Haih makin meriah lah rumah tu. Nak cerita ramainya kan, em masa dulu rumah tu kecik aje. Takde lah besar sangat. Pastu adik beradik mak aku plan nak renovate rumah tu. Besar kan. Tapi bila dah siap besarkan, penuhnya still melampaui batas. 

Bayangkan dekat tingkat atas dah penuh orang tidur kat ruang tamu, dengan dua bilik yang ada. Kat tingkat bawah pula, depaa tidur sampai ke dapur and pintu masuk. Eh dapur kampung aku bersih eh. Mak aku rajin mop. Memang ramainya, wa cakap sama lu. Em dah cukup cerita pasal sedara mara aku. Tak pasal pasal dieorang masuk dalam entry aku kali ni. Ha sedara aku yang baca tu sila berterima kasih dengan aku. 

Kalau raya kat Sabak ni parah. Pagi raya tu seawal boleh kena mandi. Sebab kalau lambat and depaa semua dah bangun memang kena ambik nombor macam kat bank yang ramai orang tau. Paling menyirap bila sorang tu spend 20minit dalam bilik air. Dahlah bilik air ada 4 aje. Dua kat dalam, dua kat luar. Itupun hidup kitaorang masih susah tau. Hahaha. Susah betul. 

Makanan pun cepat habis. Almaklum lah, semuanya pelahap. Nafsu makan depaa em dahsyat. Termasuk lah aku ni. Apa ada atas meja memang cepat habis. So takpayah nak duk layan cerita kat tv tu kalau taknak lapar. Turun bawah, pergi dapur, makan. Nescaya tidak akan kelaparan. Pastu pastu nak cerita pasal duit raya pulak.

Kat Sabak memang masyukk. Biasa nya family Sabak ni, semua bagi. Bukan suami sahaja, malah isteri kepada suami itu juga. Best bila sorang bagi RM10. Eh memang macam seronoklah. Kat kampung aku, style nya lain sikit. Biasa makin meningkat umur, tak dapat duit raya kan? Dekat kampung aku, makin tua korang, makin banyaklah duit raya korang. Duit raya korang berhenti masuk bila korang dah kahwin. Jadi takpayah kahwin awal awal~ Haaa merepek -.-

Uihh panjang dah cerita aku ni. So aku nak stop kat sini lah. Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri :) Maaf zahir dan... batin takde rasanya. Takpelah, maaf zahir dan batin. Sorry kalau aku buat jahat kat korang. Okay, that's all. Thanks for reading. Assalamualaikum :)



REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE